WoNdEfUl lIfE’s

August 17,2009

H1N1….

Filed under: renungan

Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

jangka hayat virus

oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja . jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.

apa yg perlu tahu

asal virus ini

sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico .

virologi virus H1N1

incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

cara serangan

virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
 

Siapa yang berisiko:-

1       orang yg ada masaalah ‘obesiti’ @ gemuk
2       perempuan yg mengandung
3       orang yg ada astmatic
4       orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)


* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas


Simptom2

day 1 = rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 = selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
day 3 = rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 = sakit dada yg teruk………jumpa doktor dngan segera…….
day 5  and above = lung collapse @ koma



Langkah2 kawalan

1.    golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2.    menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.

3.    elakkan diri jika terdapat ‘orang batuk, bersin dan kurang sihat’.

4.    jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan).

5.    jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai ‘mask’ (sekurang2 nya 3 ply mask).

6.    utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7.    jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.

8.    jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk ‘checkup’ kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9.     tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!!!!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10. vaksin hanya akan ‘wujud’ seawal2nya pada oktober dan hanya utk ‘frontliner’ shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11. utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.


Amin.
ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m’sia
di pan pasific klia pada 01.08.2009.

“jangan bersedih”

Filed under: renungan

 suki dapat emeil nie dr kwn alam maya suki…bila baca..macam satu semangat dan pengajaran uat suki..so suki nak kongsi ngan kwn2..mungkin cete nyer panjang..tp x rugi baca..motivasi pada diri kita jua…selamat memebaca

Allah selamatkan saya ketika derita…

 

Azamn Amin

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

"Roti canai…" jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.

"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ’solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.

Teresak-eask saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya…

"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."

Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka…

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…

Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

" Mmm…sedap.." dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena……

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji’un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Menulis dari meja Harakahdaily….

July 6,2009

runsing…..

Filed under: my life, renungan

ehmmm..x tau nak luahkan kat saper…hanya mampu taip lakarkan ape yg terpendam dlm hati ini..ape yg merungsingkan hati ini..sebab x ada org nak marah nanti..alam maya nie hanya mampu dibaca..ada ker org akan komen page suki nie?suki pun x tahula..

suki dlm dilema perasaan..merusuh dgn perasaan sendiri…bukan masalah antara dua..tp banyak..suki syg org nie..suka or tu..minat or len..nak kan org yg itu plak….huuhuhuhuhuhu…mmmg agak payahla perasaan nie..betul tak??runsing gak..tapi ape leh uatkan..perasaan tu dtg sendiri…nak nagis?uh dah penat la…nak lawan semua nie…kasih syg yg sukar di perkatakan..

bila ada org len baik ngan kitakan..dtg pulak yg lebih caring kat kita….then ada lak lagi romantik..+++ hensem lakemoticon…dah tu lak dtg lak yg berduit dan baik..mau tak nyer..hati suki ni lak..mudah cair.emoticon.huhuuhu..x boleh jadi nie..yg baik tu mmg baik sampai suki x leh nak terima..cam suki tak layak uat dorang..ada tu gatal lak..hampeh..x maula..emoticon

tp yang baik tu cam ner?yg layak untuk kita terima..macam mana?..tapi hanya kerna hati kita lak susah nak terima..susahkan..cinta bukan keterpaksaan..cinta kenala ikhlas…cinta itu indah bukan derita…cinta itu saling memberi..bukan hanya menerima saja..betul tak..ntahla..mmg suki runsing sgt..susah nak kata…hanya yg faha..akan faham keadaan suki ini..bantula suki…

May 20,2009

just info ….

Filed under: renungan

Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan
tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.
Di
dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada
cara-caranya.  Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut
janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera.
Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air
liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan
tempat-tempat kotor yang lain.


Yang amat penting kita perlu tahu ialah


1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)


2) Jika meludah ke kanan  - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita
 
  iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT.
 (Nauzubilah)

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu. Meludah lah selalu kesebelah
kiri.

Wallahualam.

May 8,2008

susahnya nak buat dosa

Filed under: renungan

suki baca nie best..so nak kongsi ngan kawan2 semua…tepuk dada tanya selara kiota ok…sama2 beringat…x salahkan

Ada org yg byk harta, byk duit..namun masih tidak pernah merasa     
nikmat bahagia dan ketenangan. Masih terasa jiwanya kosong, mati. Demi     
mencari bahagia, mrk kena bayar. Nak hiburkn hati, gi disko..gi tgk       
wayang..gi main bowling, gi shopping….. Sume tu sbb nk hiburkn hati kan??Tapi benarkah   
bahagia?Adakah itu kebahagiaan hakiki? Lama2 terasa kosong tiada erti apa2. Kelam.sunyi…bosan…                                                             
                                                                           
                                                                           
Tapi, pernahkah kita terfikir kenapa org pergi masjid ramai2. Walau xkena bayar, mrk pergi juga bersolat. Pergi kuliah agama, free je..kenapa mrk pergi.   
Pastinya ada kebahagiaan disitu. Pastinya ada ketenangan disitu.         
Free..nikmat ketenangan & kebahagiaan yg hakiki hadiah dr Allah.Tak perlu kamu keluarkan walau sesen pun utk mendapat rasa bahagia dn ketenangan itu.Betapa pemurahnya Allah.Carilah cintaNya, kenal pdNya.Disitu kamu kan temui erti KEBAHAGIAAN SEBENAR!!Harganya hanyalah rasa tawadduk seorg     
hamba pd penciptaNya. TUNDUK DAN PATUH PADA-NYA DGN RASA KEHAMBAAN.       
———————                                                     

Susahnya Nak Buat Dosa…                                             
Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover       
charge.                                                                   
Konon dapat free first drink tapi yang dibagi air yang harga kat 7-Eleven
cuma RM1 je…                                                           

Senangnya Nak Buat Pahala…                                           
Kalau pergi masjid tu, free je. Dah la takde cover charge, minum free     
bukan first drink je.                                                     
Berkoyan-koyan pun boleh. Silap-silap dapat makan free lagi…            

 Susahnya Nak Buat Dosa…                                             
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC.                               
Susah. Nak sewa hotel (duit tu)…                                       
Nak belanja awek tu makan (duit lagi)…                                 
Silap² siap kena tangkap basah.                                        
Ha… Boleh masuk paper free.                                             
Kalau majikan tau, boleh kena buang kerja.                               
Lagi haru…                                                             

Senangnya Nak Buat Pahala…                                           
Kalau nak puasa sunat tu, anytime, anywhere.                             
Bangun pagi takde breakfast, terus niat puasa. Dapat dah pahala. Bukan   
setakat dapat pahala, siap dapat jimat duit lagi. Puasa tu kan boleh     
kekang nafsu.Cume tak masuk paper je. Tapi insyaAllah masuk syurga.       
Laaagi best!!!                                                            
                                                                           
Susahnya Nak Buat Dosa…                                             
Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.         
Tapi, ngumpat punye sedap, kerja tak jalan. Yang kerja tu, bos tengok,   
habis kena haruk.                                                         
Yang suri rumah sepenuh masa pulak, suami balik tengok semua tak siap,   
tarik muka.                                                               
Pergi makan kat kedai Timah Janda, jeles lak tuh.                         
Timah Janda pulak kena umpat…                                           

Senangnya Nak Buat Pahala…                                           
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia.                                 
Allah akan mengingati hambaNya yang mengingati Dia.                       
Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek la…                   
Suami balik tengok kerja semua siap, isteri pula terkumat-kamit berzikir.
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi.                           
Beban kerja pun kurang terasa…                                          
                                                                           
Susahnya Nak Buat Dosa…                                             
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.     
Kejar le harta dunia ni, makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun       
terabai,                                                                 
dunia tak juga dapat².                                                 

Senangnya Nak Buat Pahala…                                           
Jadi zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan.                     
Tak payah nak sibuk² tamak haloba. Jiran beli tv baru, sofa baru, langsir  baru, lantak ko la. Sebab dia dapat hutang baru, kita pula dapat iman yang
sentiasa diperbaharukan.                                                 
Mana lagi best?           

April 11,2008

berguna utk semua..

Filed under: renungan

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Ilmu utk dikongsi bersama :

Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye" contoh lerr..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.


"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

Maksud singkatan " A’kum"

Assalamu’alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A’kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A’kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN
.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni….

March 31,2008

makluma tberguna

Filed under: renungan

    Jangan berikan peluang kepada mereka
 yang mencuri telefon bimbit anda
 daripada menggunakannya. Jadikan ia
 tidak berguna supaya ia tidak lagi
 boleh dijual kepada orang lain.

 Caranya mudah. Setiap telefon bimbit
mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu
mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

 Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini,
tekan simbol dan nombor berikut :-

 * # 0 6 #

 tanpa ruang kosong. (star hash kosong  enam hash)

Nombor yang ditayangkan adalah 15
 digit nombor yang unik bagi setiap
 telepon bimbit. Catatkan dan simpan
 ditempat yang boleh didapatkan semula.

 Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan
 telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi.
 Berikan nombor ini kepada mereka  supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri
 menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon
bimbit sudah dihalang penggunaan.

 Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan  nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan
 kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

 alang-alang dah hilang biar padan muka org yang curi tu pun tak leh guna
 juga ….

March 21,2008

lamanyer menyepi….

Filed under: my life, renungan

hai..maaf la suki dah lama tgk jenguk di sini..kesibukan menguruskan diri dr musibah yang menimpa…emoticon

tp sekarang suki dlm proses..membaiki kelemahan tu…hepi dgn hidup yg sedia ada..menerima segalanyer seadanyer…seharusnyer kita kena bersyukur dgn pemberian TUHAN pada kita..setiap musibah ada sebabnyer..ada hikmah nyer..

lagi banyak kita di uji..maka lagi kuat iman kita.insyallah..emoticon

February 22,2008

peringatan sesama kita

Filed under: renungan
Ingatan untuk para hawa


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung payudaranya adalah istri2 yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain supaya bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. (juru solek)

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

February 12,2008

cete per ni ek???

Filed under: renungan

dia yg ku kenal…satu ketika dahulu..dia datang dengan muka yg mengambarkan siapa dia..seorang teman yg banyak menasihati rakan2 nyuer..ttg hukum hakam..tentang baik dan buruk sesuatu..

suki tahu dia memang seorang yg imaginasi nyer kuat..tentang banyak perkara..seorang yang kreatif..leh jadi pimpinan…kerja nyer kemas..

suki tak kenal family dia sepenuhnyer..suki tak kenal kehidupan dia bersam family..tapi suki tahu..didikan family dia penuh dengan bekalan yang benar tuk kita sebagai hamba allah di muka bumi ini..

suki masih ingat..bila kami kawan pakai pakain yg kurang mnis..dialah yg selalu mengingatkan..malahan keman kami pergi..walaupun untuk bersuka sembahyang tidak pernah dilupakan..dia lah yg rajin mengajak kami..

kreatif nyer dia..mmg sukar nak lawanla..seronok bila ingtakan semua tu..walaupun selalu berbeza pendapat dan hujah..kami masih boleh bersama..belajar bersama…tapi sapa tahu..kami terpaksa berjauhan..kerna tuntutan hidup ini..bagaiman la hidup nyer sekarang?

suki tak tahu..kira nyer lama kami tak bersua..

hehehe..cete per nie k






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Riosoft