WoNdEfUl lIfE’s

January 28,2008

cam x percaya..

Filed under: my life

semalam suki keje kfc..cam biasala..bz nyer x yah la cerita..orang baru dapat gajikan..non stop..penatla…

alkisah..sebenarnye suki dah  seminggu x jumpa cik abang suki..dia ada test kan minggu lepas..so suki memahami nye…dan terjadila semalam keadaan yang suki x sangka2…cik abang suki dtg jumpa suki di kfc..hehehe..terharu sgt..terkejut macam x percaya..thank sayang..

dia datang bawa kek cheese + kopi..sedap..suki memang suka keke cheese…lg2 dr secret resepi..dan dijadikan cerita cik abg suki beli dr situ..huhuhu..dak2 kfc semua ejek suki..malu jer..tapi seronok…manager suki(puana zaharah) pun sama perli2 suki…dia bg ruang suki jumpa cik abg suki jap..pastu dia belanja cik abg suki mkn..

dia nak g jumpa keluarga nagkat dia..tu dia singgah jumpa suki..x kisahla…inila tambah eratkan hubungan kami..walaupun jarang jumpa kami saling memahami situasi masing2 yg ada komitmen len dr hubungan cinta kami nie..

suki tak kisah..walaupun rindu itu x boleh dibendung…miss so much..tp x per la..

opss lupe nak cerita yang suki dah beli hp baru..hehehe..x sangka pun suki leh beli hp tu…nie hp ketiga suki beli..pertama tertinggal kat panggung wayang..cik abg suki uat..dia guna hp tu..masa dia guna la ilang..pastu kali kedua tu masuk lubnag tandas..hahahaha..kali ni suki kena la berhati2…sayang tu…semua tu duit..

ok..itu jerla uat masa nie…

January 24,2008

keadaan dah berubah..

Filed under: kawan, my life

aper nak cete sebenarnya ek..suki pun x tahu nak mula cam ner..tiap hari ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri kita…samaada kita sedar atau tidak..betul tak?

teringat zaman persekolahan..masa belajar dulu2..teringin nak jadi orang besa…nak berkerja..ada duit sendiri..pakai baju cantik2..nak bawa kereta..pergi mane2 sendiri..macam2 la difikiran..tu masa sekolah..

bila dah kerja lak..teringin nak kembali pada zaman persekolahan..itula dia..hehehe..rindu zaman sekolah..teringat pada kawan2..sedangkan keadaan dah berubah..

suki bukan aper..bila dah seusia nie..baru kita tahu kawan mana yang betul sahabat sejati kita…semasa kita susah dan semasa kita senang…kawan yang boleh terima knasihat kita..leh marah kita..tapi still senang nak berkawan ngan kita..

keadaan dah berubah…kawan kita pun dah ada kawan2 yang len..rakan sepejabat..ehmm.tu suki akui..thats whyla..naper kawan masa sekolah x boleh sentiasa bersama kita…

malam selasa ari tu..mira(kawan sek)kol suki..about paln tu..mira dah tanya zam(bf mira,kawan suki gak),basha,k-rul dan mazuan(semua2 kawan2 sek)..mira cakap..suruh suki uat kertas keje tuk plan tu..hampeh..suki x leh uat keputusan..serabutla..

masa nak jumpa tu maslah nyer..suki nak keje kfc masa tahun baru china ni..macma mana lak..jumpa dorang tu nak sesgt..banyak benda nak diceritakan…kawan2 suki masa kfc pun ada ajak kua..g maner2..sebab dah lama x lepak sama..sejak dorang berhenti keje kfc..aduh..semua nyer terjadi pada amsa sama.

suki lak nak cari duit lebih..hp nak beli..tv kat umah dah rosak..nak gak ganti..sian mak..entahla..

keadaan dah berubah..itula maksud suki..banyak perkara yang x dijangka akan terjadi…suki dah dewasa..kira2nya..umur suki banyak perkara suki kena fikir secara serius..bukan hanya fikir enjoy..dan keseronokan semata2..macam cik abang suki pernah cakap kat suki..

sekarang bukan masa hanya nak enjoy dan seronok..kua bersam kawan2..nak kesana kemari..suki kena pandai atur masa dan kehendak suki..eeee

tul gak tu…jadinya macam maner?

January 22,2008

ada plan?

Filed under: kawan, enjoy

ada plan?

4 this year, 2008…suki rasa nak paln something 4 my all frenz…miss ya…

diana kawan suki dah sibuk2 tanya..takakn x ada plan tuk 2008..ari tu suki jumpa mazuan..dia tanyer tak da plan ker?g mandi kat sg ker?ok gak idea dia..tapi suki ie lak malsa nak plan2 sgt..bila dah terasa masa nak pergi tu barula jemput kan..

plan2 kang tak jadi al pulak..tu yang susah tu.pastu aritu jumap mira lak..wow bertambah la mis suki pada kawan2…dengan hp ilang lg la ..susah lak nak kol dorang..kena la bergerak mencari doarang…dgr cete…miara ckp kalu tahun baru cina nie..ram,ai cuti..

tapi entahla..

just waitting info form my all frenz…

biasala

Filed under: Uncategorized

ehmm…dah berapa hari suki x cetekan about me..rindu ker…biasa jer hari2 suki..keje..keje…tapi bagi suki ok jer..best jer ngan life suki…

ahad malam isnin suki g tgk tayang filem hati malya 1957..ala..pelakon rusdi ramli,maya karin.sharifah amani.adlinaman ramli n ramai lagila..rupe2 nyer best gak cete dia..mmg patriotik la..cete2 cam nie la kita kena tgk..terutama anak2 muda macam suki…kisah bagaimana negara kita yg tercinta ini mendapatkan kemerdekaan dan keluar dari ancaman penjajah…

bila suki tgk cete tu..suki rasa terharu..sedih…susah nyer orang kita dulu.demi negara tercinta sanggup gadai nyawa dan harta..berbeza dengan sekarang..suki x pandai tuk berkata2..tapi umur seusia suki boleh berfikir.so suki tahu keadaan aper yang sedang berlaku sekarang ini..takut untuk memberi pandangan yang lebih..ee betul ker aper yang suki kata nie..

cete tu kena penghayatan yang tulus dan ikhlas..sebab yang aper suki rasalakan, kalu kita tgk tapi hati kita x kat ctu..dan rasa bosan..macam mana nak hayati cete tu..anak2 muda lagi la..ehm…kita nie 50 tahun dah merdeka…tapi…merdeka cam ner?cube kita tgk…buka paer..baca..aper yang tertulis?kisah yang tak berkesudahan..kisahnyer anak muda juga..risau gak..

suki g tgk cete tu dengan cik abang suki,kawan2 suki..atie,wa,diana..yang geram tu..tulis tayangan pukul 8 malam tapi start kul9..hampeh tul..tu la janji melayu..sampai bila la..perspektif tu leh berubah ek..

balik malam tu..terasa penat gak..siang berkerjakan..balik terus tertido..pagi isnin dah la ada kelas food handle..kena pergi kalu nak terus keje kat kfc..memang sebelum  ie suki dah pergi..tapi kena g lagi..setiap 3 tahun kena renew..ehm…terpaksa la amik cuti…kelas tu kat sunway metro..

pergi naik komuter sampai subang jaya..pastu amik bas ker sana..dah lama rasa nyer suki tak naik kenderaan awam…risau gak…takut tersalah..tapi alhamdulillah…selamat gak…cume tersilap turun bas masa nak ke sunway metro tu..patut nyer jejantas yang ketiga baru turun .nie tak..jejantas yang pertama suki dah turun..aper lagi jenuh la suki berjalan..panas lak tu..geram jer..salah sendiri tak per la..

sampai sana dah ramai ada..tapi kelas start kul 9 lbih..kata kul 89..nie lagi la janji melayu..biasala..nasibla suki x terasa bosan sgt..ngantuk pun kurang..habis cepat..kul4..mis mazni tu okla..dia tgh pregnan..tu cepat la balik..

malam tadi dr lepas isyak..suki tido sampai pagi td..lama nyer suki tido.penmat sgt la tu..aper tak berjalan jauh..penatla.selalu nyer naik kete..hahaha..merasa susah ckit…

hari ini keje..okla..keje banyak ..

January 17,2008

x suka..x suka..x suka…

Filed under: my life

 sedih…terkedu..rungsing…menyesal…marah..kecewa…geram..x suka..x suka..x suka…kelakar pun ada..macam2 perasaan la ada dalam hati nie..x tahu nak cakap macam mana…(huhuhu)

sebab ape?ehmmmm…handphone suki dah x ada lagi..alkisah bermula begini..semalam suki balik keje agak lambat..sebab ada keje yang harus suki siapkan..biasala..kul 7 suki kua ofic..terasa nak g toilet..hehehe..emoticon..suki bawa handphone suki..letak dalam poket baju..kalu nak tahu..semua baju kurung suki ada poket..cam budak2 lak pulak..ramai dah cakap cam tu..kawan2 ofic kata..dah besar pun nak uat poket baju kurung…lantakla..senang tau..ada kegunaannye..tp x sangka leh jd cam nie..benda nak jadi kan..(balik pada cetenyer)

handphone kesayangan suki tu jatuh dr poket baju dan terus masuk ke lubang tandas..emoticon..x dapat dibayangkan perasaan suki masa tu..nak selamtkan pun tak boleh..x sempat pun..kejadiaan tu berlaku dengan pantas sekali..nak nangis tapi x ada guna nyerkan..eeeeeeeeeeeee…benci..benci…salah suki..memangla..masa tu suki leh gelak jer..tp dalam hati sakit sesangat..sampai suki tumbuk dindingla..marah sgt..(marah ngan saper?..marah diri sendirila)..nak nangis tp x leh lak..

dah lama suki pakai hp tu dari tahun 2004 sampai sekarang…hp tu ada sentimental value nyer tersendiri..first gaji masa keje kfc..walaupun hp tu dah x leh berbunyi..masih leh bercakap dah anta msg..pastu..dalam hp tu banyak msg kesayangan suki..dan yang paling penting no2 fon kawan2 suki…nak dapatkan balik no tu la yg payah…

semalam gak suki terus g centre maxis dapatkan balik no suki tu..kena caj rm10.00..x perla..tp no x dpt..kosong jer simkad tu..emoticon..sekejap jer dah dapat balik no tu..cuma 2 jam pas tu baru leh on kan simkad tu..ehmm…x perla..nasib 2 jam..

macam kelakar pun yer..suki tak tahu la nak cakap…sedih memang la..tp mane leh dapatkan balikkan…

cik abang suki leh lak kata suki men2..sebab malam td suki kol dia no yg sama..aper daa…dah suki amik no tu balik kan..simkad baru..

geram tul bila di fikirkan..nak nyesal x guna dah..pengajaran buat suki..len kali nak masuk tandas jangan nak mengatal bawa hp..dulu pas keje masuk lubang tandas gak..ha lepas nie aper la pulak?

nampak nyer sekarang suki kenala beli hp baru..hehehehe…suki…suki…  

January 15,2008

itula silap kita..

Filed under: kawan, renungan, -IdEaKu-

silap kita selalu salahkan cinta..kerna cinta kita buta..yang buta bukan kerana cinta..tapi akal fikiran yang x boleh nka fikirkan yang terbaik dan yang betul..x salah untuk bercinta dan saling menyaynagi..tapi salah nyer kalu kita terlalu taksub..terlalu fanatik dengan cinta kita itu…KENAPA???????

bukala mata..banyak cinta leh dirai..tak kan langsung x ada lelaki dalam dunia nie?dah ketandusan ker lelaki?tak kisahla kalu nak sayang sesama perempuan..tapi selama mana?terpulang la tuk fikirkan..tepuk dada tanya selera..yang penting diri sendiri hepi ngan keputusan itu…

"kerana KASIH SAYANG DAH MENGABURI MATA, AKAL & HATI aku ni …aku dah buta!! kerana terlalu sayang.. "suki sedih baca ayat nie…suki terfikirkan akibat nanti yang akan dirasakan..bercinta memang indah..tapi bila ditinggalkan dan terpaksa meninggalkan lagi sakit dah perit…ruginye sayang pada perkara yang x kan kekal untuk lama…x kan dapat sayang itu untuk ke akhir hayat…

maaf kira nyer ada yang terasa..ini satu luah hati yang kecewa dan sakit sebab kawan sendiri sudah jauh..

January 14,2008

nothing

Filed under: my life

just want to say assalammualaikum…& hello everybody…i’m ok,fine & have a wonderful day’s..

nothing want to share about my life last 2 days..everthing undercontrol.i’. also hepi..same thing happen in my life..

huhu..cakap orang putihla pulak..aduh..hehehe..sahaje jer..sabtu n ahad suki cam biasa jer..keje kfc..cume ahad balik awal kul3 petang sahaja jer..nak rehat..x la penat nak keje hari nie..tapi yang kelakar suki kua malam tu..sam ajer gak..cume bukan uat keje la..kua dengan my luv..cik abang suki sayang.pergi makan kat tesco..sebab nak beli stok makanan tuk umah dia sekali..ehmm okla..suki pun leh beli stok tuk makanan kat ofic suki la..macam milo 3 in 1..biskut..maggie..hehehe..

dan hari ini lak keje cam biasa..banyak la gak…ada kes yang memeningkan kepala la juga suki nak uat..terpaksa buka fail tahun - tahun lepas…sampai pukul berapa pun suki x perasaan..okla..suki suka macam tu..x yah nak fikir2,termenung ker..sedar dah nak balik tu jer la..hehehe…emoticon

cume something still menghantui suki..suki pun x tahu ape..

“love is cinta”

Filed under: renungan

 cinta….  

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itukah namanya CINTA….CINTA….
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan dan perasaan cinta itu.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Luahkan secara berdepan dan berterus terang..Itu lebih baik.  
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Tetapi jangan pula kita mudah mengalah dan berdendam dengan perasaan kita sendiri..Dan jangan pula kita memusnahkan diri kerana kekecewaan yang sebelumnya.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Contohnya.Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.cintaila juga pada mereka yang sepatutnya..Bukan pada yang salah.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Dan jika cintanya pada orang yang salah.(yang telah dilarang dalam agama)
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi siapa pula yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Tapi sejauhmanakah cinta itu buta?Hanya pada pandangan mata kasar manusia sahaja..
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Tanpa akal fikiran yang waras dan fikiran yang benar.
Fikir-fikirkan lah…dunia tanpa cinta memang kosong tapi jika cinta yang salah ditafsir oleh kita lagi mengosongkan dunia..  

January 11,2008

da di du

Filed under: my life

  hai..

semalam suki kua ngan cik abang suki…sedangkan sebelum tu suki merajuk..hampeh..x di pujuk pun..  ..tp x per la..suki pujuk diri sendirila..pagi dia msg..tanyer nak kua kul berapa..suki tanya..kua aper?dia balas "kan dah janji khamis kua jumpa..jgn la merajuk syg…ape salah sy "hehehe..suki pun cair..kononnyer..

at lass kami plan kua kul 10.30..dia nak g mutiara damansara..nak g IKEA..nak beli barang kata nyer..tapi dia lak yang lambat..so kul 11.00 kami jumpa..kami ke the curve, ikano dan cineleisure mall..semua kami masuk..ehm..best gak..jalan di tempat baru kan…x ada beli per2 pun..cik abang suki jer yg beli barang..lampu meja..dia nak belajar x ada lampu..sian dia..

kami makan karipap yang di beli kat depan ikea…satu karipap tu RM1.00..tapi seap tau..yg special nyer karipap nie dalam karipap dia ada telur rebus..dulu last masa suki kn rasanyer separuh tapi kali nie lak suku jer..ehmm..biasala nak untung kot..tapi mmg sedap tau..lg2 makan masa panas..kami beli sedozen..tapi suki  makan satu jer..dah kenyang la..mkn aiskrim lagi..aiskrim dia pun RM1.00..perasa vanilla..

sampai umah rasa penat lak..lepak2 jap..mandi…tunggu isyak, suki terus tido..x ngat aper2….letih lak..pagi tadi suki bangun my mum tanyer letih sgt ker…malam td awal tido…hehehe…

opss..about bacaan yasin n tahlil kat ofic suki..alhamdullillah semua berjalan lancar…  makanan cukup..sedap..n enjoy…okla…   

January 9,2008

hello

Filed under: my life

ehmm…sok cuti awal muharram..suki pun cutila..x ada plan per2…nak lepak umah jer kot..kemas aper yg patutla..

jumaat nie ada bacaan yasin n tahlil kat ofic suki..kawasan tempat duduk suki yang jadi penaja masa tu..so kitaorang dah kumpul duit n dah book makan..tinggal tunggu ari jumaat nanti..menu dia beehoon goreng,ayam goreng berempah, kuih 3 jenis, buah- buahan dan of course la air..kang tercekik la pulak..hehehe..

x ada yang menarik la nak cete pun…cete aper?kisah suki?..ehmm biasa jer la..keje…balik umah..pastu nak jumpa kawan2 pun susah..masing ada hal masing2..

cam tu la kehidupan…






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Riosoft